Skip to main content

Enjoy FREE SHIPPING for Peninsular Malaysia when you purchase 3 boxes and above

Cerita kami.

Yana Samsudin merupakan seorang ibu, isteri, selebriti dan usahawan yang amat meminati bidang memasak. Yana amat mementingkan rasa dan nilai pemakanan bagi setiap hidangan yang dihasilkannya, terutamanya apabila ia untuk santapan keluarga tersayang. Prinsip tidak lokek menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi serta air tangan yang ikhlas sentiasa menghasilkan hidangan yang memuaskan.
Sememangnya, sarapan adalah amat penting. Namun, kekangan masa menjadi cabaran untuk Yana menyediakan sarapan bermutu bagi anaknya yang masih di bangku sekolah dan suaminya yang sibuk bekerja. Cabaran itulah yang telah mencetuskan inspirasi untuk Yana menghasilkan sejenis minuman yang mengenyangkan, memberi tenaga dan cepat untuk disediakan.

Yana juga telah mulai risau akan kegemaran anak-anak dan suaminya terhadap minuman coklat 3-dalam-1 yang mempunyai kandungan gula yang tinggi serta perisa dan pewarna tiruan.

Ini menyemarakkan lagi keazamannya untuk menghasilkan minuman kurang gula, diperbuat dari 100% tumbuh tumbuhan tanpa perisa dan pewarna tiruan serta menukarkan krimer bukan tenusu kepada ekstrak oat.

Semasa fasa penyelidikan dan pembangunan, Yana mendapat kejutan gembira apabila kesedapan minuman oat itu diakui oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekatnya yang berusia dalam lingkungan umur 3 hingga 80 tahun.

Yana bersyukur dengan kejayaannya mencipta resepi minuman berkhasiat. Ia bukan sahaja kaya dengan serat yang membantu penghadaman, tetapi ia juga membantu mengawal paras gula dalam darah dan membekalkan sumber tenaga yang berharga.

Minuman ini amat sesuai untuk mereka yang mempunyai intoleransi laktosa, mengutamakan kesihatan jantung, dan mengawal paras kolesterol.

Pada mulanya, hanya ahli keluarga dan rakan terdekat Yana sahaja yang dapat merasai campuran minuman oat ini. Namun, ia kini boleh dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat.

Kenapa pilih Bagoos?

Selain minuman Oat Coklat yang dicipta khas untuk penggemar coklat, Yana juga telah memperkenalkan Oat Kurma dan Oat Biji Chia. Setiap daripadanya membekalkan manfaat yang tersendiri. Oat kurma membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu, manakala Oat Biji Chia sangat baik untuk kesihatan jantung kerana kandungan Beta Glucan yang tinggi.

Maka terciptalah BAGOOS, minuman Oat yang sedap dan berkhasiat, memberi manfaat pada semua.